(1)
(2)
(3)
==============
KOMEN SAYA :
Dalam Video (1)
Kalau dibandingkan dengan ugama-ugama lain , hanya Islam sahaja mengandungi suruhan menutup aurat yang paling jelas. Ini kerana Islam ialah ugama yang lengkap dan syumul yang menyentuh segala aspek saikologi dan perasaan murni manusia. Kalau ada pihak yang mempersenda hukum tutup aurat , dia seolah-olah berkata bahawa ada ajaran Islam yang tidak sesuai dengan zaman moden. Menutup aurat adalah perkara besar kerana ia adalah satu perintah Allah , Tuhan Semesta Alam , bukan perintah seorang raja duniawi. Hukum tutup aurat bukan perkara remeh-temeh dan orang yang mencabar hukum ini adalah umpama mencabar Allah :
Perhatikan apa kata ayat al-Qur'an :
"..kamu menyangka perkara itu remeh-temeh , pada ia di sisi Allah adalah besar " { An-Nur ( 24 ) : 15 }
Dalam Video (2) pula :
Semua ayat-ayat al-Qur'an adalah umpama makanan ruhaniah untuk kehidupan manusia. Apabila manusia bersifat degil , angkuh dan sombong , menghayati ajaran-ajaran al-Qur'an adalah ibarat mengubati jiwa yang sakit ...ubat untuk pemyembuhan ruhani.
Tersebut maksudnya dalam al-Qur'an :
" Wahai ummat manusia , telah datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhanmu serta penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu ...." { Yunus (10) : 57 }
Dalam Video (3) pula :
Saya tidak fikir Nik Aziz menyuruh orangramai merogol wanita yang tidak tudung aurat. Dia mengaitkan ayat-ayat tudung aurat dengan gelaja-gejala sosial yang mencemarkan imej masyarakat Islam sendiri yang memandang remeh terhadap perkara tudung aurat. Memanglah sepanjang zaman ada-ada saja manusia yang suka memutarbelit dan orang-orang macam itu ...tidak ada cara lain , melainkan kita berdoa macam doa Nabi Musa :
" ...wahai Tuhan kami , binasakanlah harta benda mereka dan menteraikanlah hati mereka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya ......" { Yunus ( 10 ) : 88 }
Thursday, May 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment