Dipetik drp :
http://abu-syafiq.blogspot.com/
WAHHABI HINA ILMU AKIDAH ISLAM
WAHHABI DAN YANG TERPENGARUH DENGAN MEREKA MENGHINA PENGAJIAN TAUHID ISLAM IAITU PENGAJIAN TAUHID SIFAT 20 BAGI ALLAH. BAHKAN WAHHABI SECARA TERANG MENGKAFIRKAN SESIAPA YANG MEMPELAJARI ILMU TAUHID SIFAT 20 BAGI ALLAH. WAHHABI MENDAKWA PENGAJIAN TAUHID ISLAM BERASAL DARI KAFIR GREEK FALSAFAH YUNAN KAFIR. INI BERERTI WAHHABI MENGKAFIRKAN SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN SELURUH NEGARA YANG MEMPELAJARI ILMU TAUHID ISLAM.Di bawah ini rakaman kenyataan Wahhabi tersebut dan mereka yang terpengaruh dengan unsur Wahhabi. Dr Asri paling benci pengajian ilmu Tauhid Islam bahkan secara terang juga menghina Imam Al-Ghazali dalam rakaman ini. Tidak hairan jika ilmu tauhid pun dia (Asri) hina Imam Ghazali lagilah 'kena'.
=========
KOMEN SAYA : ( Oleh Abu Hasan Chan )
Apa yang dikritik oleh 2 orang tokoh Wahabi Malaysia serta konco-konco tentang Sifat 20 adalah sesuatu yang melampau. Sungguhpun ilmu Sifat 20 adalah hasil pemikiran ulama tapi ia sebenarnya disusun untuk memudahkan ummat Islam mengenal dan memahami sifat-sifat Tuhan. Lebih-lebih lagi ia melibatkan orang awam yang kurang kemahiran dan tidak dalam ilmu tafsir dan hadith. Ia adalah jalan rengkas menyebut sifat-sifat Tuhan yang perlu diketahui secara dibilang sehingga 20 jumlahnya. Yang sebenarnya sifat-sifat Tuhan melebihi 20 dan yang selebihnya perlu diketahui juga dengan cara bertanya kepada orang-orang yang lebih berilmu.
Sebagai contoh ....jika ada orang yang baru memeluk Islam dia perlu sebagai permulaan mengenal Tuhan. Orang yang baru tidak perlu kita menunjukkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith tentang Tuhan itu Wujud , Tuhan itu Satu , Tuhan itu Baqa' (kekal dan tidak binasa), Tuhan itu Sama' .....Tuhan bersalahan dengan segala sesuatu yang merupakan makhluk .....dsbnya.
Begitu juga kita mengajar anak-anak kecil mengenal sifat-sifat Tuhan cara Sifat 20 sebagai asas. Cuma kita tidak perlu menyebut istilah-istilah Usuluddin secara terperinci , hanya perlu sebut apa itu maksud Wajibul-Wujud , Wahdaniah , Mukhalafatuhu lil-Hawadith ...dsbnya. Bukankah itu indah bila anak-anak kecil ditanam dengan bibit-bibit awal mengenal Tuhan ? Mereka belum bersedia untuk tahu dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Qur'an dan Hadith.
Tambahan pula ulama yang menyusun ilmu Sifat 20 adalah sebagai rumusan daripada ayat-ayat al-Qu'an dan Hadith , bukan rekaan semata-mata yang bercanggah secara mutlak dengan ajaran-ajaran Islam. Bahkan ilmu Sifat 20 akan menjadi senjata yang kuat untuk menolak dakyah Kristian dan fahaman syirik.
Sebagai contoh juga ...fahaman Kristian berkenaan TRINITI yang mereka percaya Tuhan Yang SATU terdiri daripada 3 oknum = Tuhan Bapa , Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Qudus. Ketiga-tiga oknum adalah Tuhan masing-masing yang bersamaan zat dan sifat. Jadi mereka percaya 3 Tuhan (Oknum) dikira sebagai satu. Begini maksudnya :
TRINITI = Tuhan Bapa + Tuhan Anak + Tuhan Ruh Qudus = SATU TUHAN.
Dalam istilah usuluddin ulama Islam mengajar kita secara tidak langsung akidah Syirik Kristianiti perlu ditolak secara aqli (menggunakan akal)
Akidah TRINITI mengatakan Tuhan adalah Satu tapi terdiri daripada 3 zat (oknum) = kam munfasil (bilangan terpisah zat berlainan)
Akidah TRINITI juga mengatakan 3 zat (oknum) itu semua adalah SEBATI sebagai Satu = kam muttasil (bilangan yang sebati zat menjadi satu)
Oleh ilmu Sifat 20 ada menyebut bahawa zat Allah Yang Maha Esa adalah tetap satu dan menolak kedua-kedua fahaman kam munfasil dan kam muttasil.
Jadi ilmu Sifat 20 adalah cara yang amat berkesan untuk menjaga akidah anak-anak dan ummat Islam daripada terjerumus kedalam fahaman Syirik ...umpama akidah TRINITI Kristian yang sesat.
Hujjah-hujjah konco-konco Wahabi adalah lemah dan tidak mengikut realiti Islam. Kalau dikira bid'ah sesat...sebenar boleh dikira banyak bid'ah dalam Islam seperti membubuh baris dan tanda-tanda bacaan al-Qur'an yang pada asalnya tidak berbaris. Ini untuk membantu ummat Islam membaca al-Qur'an dengan betul ...dan ilmu tajwid disusun oleh para ulama silam untuk tujuan ini ....dan al-Qur'an sendiri membuka ruang yang luas untuk ummat Islam mencari jalan mengkagumi ayat-ayatnya dan menolak dakyah-dakyah musuh Islam...sekalipun dengan cara menggunakan komputer dan internet.
Banyak lagi contoh-contoh boleh saya sebut. Bagi orang-orang Wahabi ...yang mereka membaca kitab-kitab hasil karya Ibnu Tamiyah , Ibnu Hazm , Ibnu Jauziah dsbnya ...tahukan mereka pada asalnya penulisan kitab-kitab mereka adalah merupada tulisan tangan kemudian disalin beberapa ratusan kali ...dan sebelum wujudnya percetakan moden ...banyak naskah manuskrip perlu dibandingkan kerana ada naskah yang tersilap salin dan perlu diperbetulkan. Itu semua kerja pakar-pakar yang mahir.
Saya hendak beritahu ...ilmu Sifat 20 adalah hasil kajian beratus-ratus tahun lamanya , disemak oleh ulama-ulama yang mahir ....dan kenapa dikira cara Sifat 20 adalah bida'ah yang sesat ? Adakah dalam ilmu Sifat 20 ada unsur-unsur syirik ?
Macam zaman komputer ini ....adakah sesiapa boleh memberi fatwa ..adakah kita mendapat pahala kalau kita mendengar bacaan al-Qur'an secara audio daripada CD ? Setahu saya kita perlu mendengar seorang manusia Islam yang membaca ayat-ayat al-Qur'an dan kita mempertikai ....kalau dengar CD bacaan al-Qur'an macam mana ? Ya ...itu bida'ah apa ? Ini kerana pada zaman Nabi belum ada komputer.
Tambahan lagi ....tafsir-tafsir al-Qur'an tidak semua terdiri daripada tafsir secara riwayat atau ma'thur. Banyak tafsir al-Qur'an terdiri daripada tafsiran secara dirayah (cara menggunakan aqal). Itu adalah hasil instinbat dan rumusan yang tidak bercanggahan dengan ajaran al-Qur'an dan hadith itu sendiri. Begitu juga ilmu Sifat 20 adalah hasil rumusan ulama-ulama Islam dan saya tidak kira mereka itu sesat walaupun mengikut pembahasan falsafah.
Apakah Nabi Allah Nuh a.s jahil apabila hanya mengislamkan 80 manusia menjadi beriman mengambil masa 900 tahun?
ReplyDeleteAhli sunni sentiasa berusaha mengislamkan manusia, sedangkan wahabi berusaha mengkafir, mengsyirik dan membidaahkan orang2 mukmin.
Mereka menuduh Rasululullah s.a.w, para sahabat dan para imam yang 4 tidak mengaji sifat 20. inilah kenyatataan yang kafir.
ReplyDeletesebab mereka yang tidak mengaji dan tidak tahu sifat 20, memang dia kafir. hujah saya, nabi mana yang berani kata Tuhan tak Ada? Allah tidak baqa', dan keseluruhannya.
Ibnu Tamiyyah ulamak Wahabi terlalu pandai sampai Allah pun di jisimkannya.Kerana terlalu sebok dengan slogan bidaah, semua quran sunnah,buang ulama.Kita mesti bersatu dalam menyampaikan dakwah menghentam ulamak seperti Ibnu Tamiyah. Ibnu Qayyim. Rashid Redha.Muhamamd Abduh dalam ilmu mereka kalau tidak fahaman mazhab akan runtuh, selum runtuh kita wajib meruntuhkan ajaran wahabi mereka ini.
DeleteYang membuat kita "benar" disisi Allah bukan runtuh meruntuhkan atau bangun membangun, tetapi "siapa yang paling cinta kepadaNya"
Deletedan itu perlu ditunjukkan kepadaNya dalam "ber-Tuhan, ber-Raja dan menyembah" kepada Yang Satu (Ahad). Dan ini merupakan "rahasia pribadi" antara Hamba dengan Allah. Walau semua golongan/sekte pada tumbuh atau bahkan semua pada tumpas, masing2 pribadi (peri-ibadi=sikap hamba Allah) tetap punya "rahasia pribadi" yang berbeda2. Jangan terburu-buru menilai dengan "ukuran saya". Bila "saya" itu melekat pada golongan/sekte/faham/madzhab melebihi kelekatan kepada Allah, maka sia2lah usaha "saya".
“Kritik atas pembagian tauhid kepada Ulûhiyyah dan Rubûbiyyah” yang telah ditulis oleh asy-Syaikh al-Azhar al-‘Allamâh Yusuf ad-Dajwi al-Azhari (w 1365 H), sebagai berikut:“Sesungguhnya pembagian tauhid kepada Ulûhiyyah dan Rubûbiyyah adalah pembagian yang tidak pernah dikenal oleh siapapun sebelum Ibn Taimiyah. Artinya, ini adalah bid’ah sesat yang telah ia munculkannya. Di samping perkara bid’ah, pembagian ini juga sangat tidak masuk akal; sebagaimana engkau akan lihat dalam tulisan ini. Dahulu, bila ada seseorang yang hendak masuk Islam, Rasulullah tidak mengatakan kepadanya bahwa tauhid ada dua macam. Rasulullah tidak pernah mengatakan bahwa engkau tidak menjadi muslim hingga bertauhid dengan tauhid Ulûhiyyah (selain Rubûbiyyah), bahkan memberikan isyarat tentang pembagian tauhid ini, walau dengan hanya satu kata saja, sama sekali tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Demikian pula hal ini tidak pernah didengar dari pernyataan ulama Salaf; yang padahal kaum Musyabbihah sekarang yang membagi-bagi tauhid kepada Ulûhiyyah dan Rubûbiyyah tersebut mengaku-aku sebagai pengikut ulama Salaf. Sama sekali pembagian tauhid ini tidak memiliki arti.
ReplyDeleteTambah satu lagi bang,
DeleteKatakan :
Roobinnaas - Rubbubiyah
Malikinnaas - Mulkiyah
Ilahinnaas - Uluhiyyah
-dengan masing2 konsekwensinya tentu....
"Akan datang suatu zaman atas umatku
ReplyDeleteMereka tidak mengenal ulama kecuali dengan pakaian yang bagus
Mereka tidak mengenal Alquran kecuali dengan suara merdu
Dan mereka tidak menyembah Allah kecuali hanya di bulan Puasa
Jika itu telah terjadi
Maka Allah akan menguasakan atas mereka
Pemimpin yang bodoh
Tidak mengenal belas kasih
Dan tidak memiliki rasa rahmat."
Mengapa sifat adil tidak masuk dalam sifat 20?
ReplyDeleteMengapa diambil sebahagian sahaja keratan video Dr Maza & Dr Fathul Bari tersebut. Perlu dengar keseluruhan video atau menghadiri kuliah2 mereka utk penjelasan lanjut. Sepanjang saya menghadiri kuliah Dr Maza, tak pernah sekalipun saya dengar dia mengkafirkan org Islam yg lain seperti yg tuan dakwa. Malah Dr Maza tidak pernah mengaku bahawa beliau puak Wahbi sebaliknya tegas mengatakan beliau dari golongan ahli sunnah wal jamaah.
ReplyDeleteSaya cadangkan, tuan menghadiri kelas beliau sebagaimana saya sendiri lebih 10 tahun menghadiri kelas2 tauhid khasnya berkaitan sifat 20 ini dahulu.