Wednesday, May 5, 2010

Nik Aziz Pada Pandangan Saya (1)


Nik Aziz Pada Pandangan Saya (1)
Saya mengulas tentang Nik Aziz tentang beberapa isu yang timbul berkenaannya. Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan …..sudah berumur melebihi 80 tahun , mungkin tidak lama lagi akan mati kerana umurnya sudah lanjut bila-bila masa.  Kenapa  saya hendak ceritakan tentang Nik Aziz ? Pertama saya orang Kelantan dan Nik Aziz ialah orang Kelantan. Kedua , Nik Aziz adalah manusia yang baik kerana dia mengajar kitab Ihya Ulumiddin Imam Al-Ghazali. Ketiga , Nik Aziz adalah orang Melayu. Keempat , Nik Aziz adalah seorang tokguru. Kelima , Nik Aziz adalah adalah seorang tokoh politik …..dan seterusnya. Ada orang-orang di Malaysia ini sokong Nik Aziz dan ada pula yang anti Nik Aziz. Kalau saya menulis memuji Nik Aziz orang akan kata saya ini fanatik PAS. Kalau saya mengkritik Nik Aziz oarng akan kata saya menyokong UMNO.
Saya pernah berguru dengan Nik Aziz dan satu sifat kelebihannya ialah dia boleh mengajar kitab Ihya Ulumiddin. Setahu saya di Kelantan ini tidak ada seorang pun orang Melayu yang boleh mengajar kitab tasauf dalam bahasa Arab itu. Nik Aziz adalah seorang ahli lughah bahasa Arab dan begitu juga dia memiliki kemahiran dalam alat dan kaedah nahu bahasa Arab. Inilah salah satu aspek kenapa saya mengkagumi Nik Aziz …kerana dia seorang guru yang boleh mengajar kitab Arab. Begitu juga dia boleh mengajar kitab al-Tazkirah Imam al-Qurtubi ….Fiqhus-Sirah Said Ramadhan al-Buti dan lain-lain. Inilah cara saya menilai kepakaran seseorang. Ramai orang-orang bijak bersyarah ugama tapi tidak mahir mengajar kitab-kitab Arab. Inilah antara sebab saya memuji orang Melayu macam Nik Aziz kerana dia memelihara satu budaya Melayu ialah mengajar kitab.
Antara perkara yang saya tidak suka kepada Nik Aziz ialah dia tidak tahu menjaga sentiment masyarakat Melayu yang sudah lama berpegang kepada fekah mazhab Asy-Syafie. Di sinilah dia menimbulkan masalah fekah kerana dia suka bercanggah dengan mazhab asy-Syafie. Dia pernah mengajar kitab Fiqhus-Sunnah Sayid Sabiq yang menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu yang sudah lama mengamalkan fekah mazhab asy-Syafie. Kenapa Nik Aziz sibuk hendak mengajar kitab Fiqhus-Sunnah ? Apakah Nik Aziz tidak setuju dengan mazhab Asy-Syafie yang sudah menjadi tradisi darah-daging masyarakat ummat Islam Malaysia ?
Inilah masalah Nik Aziz dari segi ilmu fekah. Dia boleh dipuji kerena mengajar kitab berkenaan akhlak Islam dan mengingat alam kubur dan akhirat …tapi dia bersalah kerana cuba mempromosi mazhab lain. Tahukah anda bahawa kitab fekah Fiqhus-Sunnah adalah mazhab ke-5 yang ditambah oleh Sayyid Sabiq ? Dalam ummat Islam yang mengamalkan mazhab 4 ( asy-Syafie , al-Maliki , al-Hanafi dan al-Hanbali) sudah diterima pakai sudah beratus-ratus lamanya.
Yang menjadi kesalahan Nik Aziz ialah dia cuba memperangaruhi orang-ramai bahawa mazhab asy-Syafie …begitu juga mazhab-mazhab lain dalam 4 mazhab adalah tidak sesuai diamalkan ? Kenapa sibuk dengan Fiqhus-Sunnah. Barangkali Nik Aziz fikir kitab Fiqhus-Sunnah adalah kitab fekah yang paling besih dan yang paling hampir dengan ajaran al-Qur’an dan Hadith ? Kalau kita pakai kitab Fiqhus-Sunnah , bererti kita telah menambahkan satu lagi mazhab baru …yang bererti Nik Aziz cuba memperkenalkan satu mazhab baru kepada masyarakat Malaysia.
Alangkah baiknya jika Nik Aziz kuat mempertahankan fekah mazhab asy-Syafie denga membaca kitab-kitab fekah mazhab asy-Syafie seperti Fathul-Muin , al-Iqna’ , Fathul-Wahab atau al-Muhazzab. Memang dalam kitab-kitab mazhab asy-Syafie terhadap perkara-perkara furu’. Itu adalah kebiasaan dalam mana-mana kitab 4 mazhab. Sebagai contoh …..dalam kitab Fiqhus-Sunnah sendiri ada termuat soal-soal furu’ …..jika kita sedang berjalan ke masjid melalui bangunan tinggi , tiba-tiba ada air titik dari pihak atas terkena baju kita ….maka berkata Sayyid Sabiq bahawa kita tidak perlu soal adakah titik air itu najis atau tidak dan boleh terus ke masjid untuk tunaikan solat tanpa dipakai baju lain.
Dalam kitab-kitab mazhab asy-Syafie terdapat banyak soal-soal furu’ yang merupakan qaul-qaul dalam kalangan ulama-ulama asy-Syafieah yang ada antara qaul-qaul itu bertindang dengan qaul-qaul mazhab lain selain mazhab asy-Syafieah. Itu perkara biasa dan kita tidak boleh berkata bahawa mazhab-mazhab yang 4 semua salah atau kurang tepat …dan Fiqhus-Sunnah adalah lebih tepat ???? Perkara furu’-furu’ dalam mazhab Empat (4) adalah mengikut ijtihad mazhab masing-masing …hanya orang-orang yang berkemampuan sahaja yang layak berijtihad. Dan pula adakah Nik Aziz boleh diiktiraf sebagai seorang yang boleh berijtihad ?
Sebagai contoh juga …terdapat dalam salah satu kitab mazhab asy-Syafie yang berbunyi …..jika kita melihat seekor anjing melintas di depan kita dan kita mencari tempat ambil air sembahyang , kita melihat 2 bekas air. Jika kita mahu gunakan salah satu bekas , tiba-tiba ada orang beritahu kita bahawa air itu telah dijilat anjing , maka kita boleh guna bekas yang satu lagi. Dan ada orang lain memberitahu kita bahawa bekas air yang satu lagi juga telah dijilat anjing …maka hendaklah kita curahkan kedua-dua bekas itu kerana menghilangkan waswas.
Oleh itu perkara-perkara furu’ dalam mana-mana kitab fekah adalah satu kebiasaan. Bukannya satu ukuran bahawa kitab-kitab mazhab asy-Syafie adalah salah. Sedangkan dalam Fiqhus-Sunnah sendiri ada disebut perkara furu’. Sebaik-baik cara untuk belajar dan mendalami fekah ialah memilih mazhab asy-Syafie dan betul-detul memahami keseluruhan bab-bab fekah SECARA BERGURU dan beramal mengikut fahaman mazhab resmi di Malaysia yaitu Mazhab asy-Syafie.

No comments:

Post a Comment