Antara satu polimik atau kontroversi tentang Nik Aziz ialah tuduhan dia seorang yang jahil ugama , dia bukan bertaraf seorang tokguru , dia sesat , dia memperalatkan ugama untuk politik , dia bahkan ada orang mengisytiharkan Nik Aziz sebagai kafir. Ada juga orang tuduh dia tidak memahami al-Qur’an dan suka memutarbelit ayat-ayat al-Qur’an.
Maka media massa di Malaysia memainkan peranan memburuk-burukkan peribadi beliau dengan berbagai isu-isu semasa. Masyarakat Malaysia menjadi keliru kerana ada juga orang yang bertaraf ulama dan mufti mengkritik Nik Aziz. Dia sudah lama mengajar tafsir al-Qur’an , sudah berpuluh-puluh tahun dan tidak ada seorangpun yang berani melaporkan kepada pihak jabatan ugama mendakwa Nik Aziz memesung ayat-ayat al-Qur’an. Kerajaan Pusat sendiri yang diperintah oleh UMNO yang mempunyai kuasa politik dan ugama tidak berani membawa Nik Aziz ke muka pengadilan. Jadi masyarakat Malaysia disajikan dengan pelbagai propaganda memburuk-buruk Nik Aziz.
Saya memang suka menyentuh hal ini …adakah Nik Aziz itu benar-benar jahil tentang ugama dan siapakah sebenarnya lebih arif tentang tafsiran al-Qur’an. Kerajaan UMNO mengiktiraf orang-orang seperti Uthman el-Muhammadi dan Mahmood Zuhdi sebagai tokoh-tokoh ulama yang sebenarnya dan mereka diberi pelbagai anugerah dan penghormatan. Orang macam Nik Aziz dipandang hina dan dan dijadikan sebagai bahan cacian hampir setiap hari.
Kali ini saya bukan hendak memuji Nik Aziz …..tapi mengalih perhatian terhadap seorang insan Melayu di Malaysia ini. Masa saya menulis ini Nik Aziz masih hidup …..dan semasa dia masih bernyawa …ada di kalangan orang UMNO sanggup membunuh Nik Aziz. Kenapa ? Kerana dia jahat ? Kerana dia berani menegur Sultan Selangor soal perkara politik dan ugama ? Kerana dia meracuni pemikiran orang Melayu ? Kerana orang Melayu UMNO fikir Nik Aziz adalah bangsat dan patut dibunuh.
Baik ! …..siapa sebenarnya Nik Aziz dan adakah dia benar-benar seorang yang alim dan arif tentang tafsir al-Qur’an ? Apabila kita perkatakan tentang Nik Aziz dan dibandingkan dengan tokoh-tokoh seperti Uthman el-Muhammadi dan Mahmood Zuhdi ….kita patut panggil mereka itu untuk bersemuka dalam satu forum bersiri tafsir al-Qur’an. Mereka tunjukkanlah kepakaran masing-masing dari segi lughah bahasa Arab , ‘irab segi nahu bahasa Arab dalam membaca satu kitab tafsir pilihan. Ini bertujuan untuk melihat ……adakah Nik Aziz benar-benar mahir membaca dan menghurai satu kitab tafsir dalam bahasa Arab.
Kitab tafsir yang saya cadangkan ialah “Tafsir Abus- Saud”. Ini adalah satu tafsir yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu rengkas dan tidak pula terlalu panjang. Sesiapa yang membaca tafsir ini akan teruji kemahirannya dalam lughah dan nahu bahasa Arab. Jika ada orang boleh membaca tafsir ini secara lancar dan licin , maka boleh dikatakan dia itu mahir dan bijak dalam menghuraikan kitab tafsir.
Kenapa saya menyebut nama Uthman el-Muhammadi ? Dia sebenarnya pakar darihal ilmu tasauf dan bukan mahir dalam ilmu nahu. Mahmood Zuhdi pula seorang yang dipuja-puja oleh UMNO dan kadang-kadang akhbar dan media massa menggunakan hujjah Mahmood Zuhdi untuk menghentam Nik Aziz.
Dalam proses perjalanan diskusi tafsir al-Qur’an , jika Nik Aziz ada membuat kesilapan dalam menghuraikan satu kaedah segi lughah dan nahu , maka Mahmood Zuhdi boleh membuat teguran secara ilmiah. Kita mahu melihat watak-watak mereka yang sebanarnya …hendaklah mereka bercakap atas dasar taqwa dan takut kepada Allah. Lebih-lebih lagi hendaklah mereka bersikap merendah diri …kalau ada hal yang mereka kurang arif , hendaklah mengaku secara ikhlas. Yang lebih alim hendak menegur yang kurang tahu , inilah adab berilmu …dan suka berterus terang supaya masyarakat tahu siapa kita sebenarnya.
Sesi tafsir itu hendaklah menyatakan apa yang terkandang dalam kitab tafsir yang sebenarnya. Tidak perlu ditokok-tambah perkara-pakara yang berbau politik atau mempersenda mana-mana pihak, Mengajar tafsir sebagai tafsir …..memberitahu apa sebenarnya terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan adakah kita mahir dan ikhlas dalam menyampaikan tafsir al-Qur’an ?
Kita orang yang kurang ilmu mahu menumpang keilmuan orang-orang alim. Apa yang berlaku hari ini di Malaysia ialah orang-orang alim membisu kerana kepentingan dan orang-orang jahil rasa megah dan berpuas hati dengan kajahilan mereka. Hasilnya tidak kemana-mana.
Cuma saya ada satu tekaan di sini. Eloklah saya menyebutnya. Nik Aziz akan merasa bimbang kerana dia sebenarnya kurang mahir , atau Uthman el-Muhammadi akan merasa gelisah kerana masalah nahu Arab dan Mahmood Zuhdi akan merasa tergusar kerana kredibilitinya akan tercabar.
Ya ……saya menulis secara sindiran. Who are they really ? Are they being shams, people who have been misjudged as scholars but in the actual sense incompetent ??
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment