Tuesday, May 18, 2010

Ustaz Bodoh , Melayu Bodoh …..

Dalam al-Qur’an ada disebut tentang kitab-kitab suci ugama lain seperti Taurat dan Injil. Tapi nama-kitab suci seperti Baghavad-Gita dalam ugama Hindu tidak disebut. Bagi saya …..Islam adalah ugama intelektual , al-Qur’an menganjurkan ummatnya menggunakan aqal dan membuat kajian dan meluaskan pembacaan. Inilah salah satu semangat tulin yang ditanamakan oleh ugama Islam dan orang Islam tidak boleh berfikiran jumud.

Dalam sirah Nabi sendiri , Nabi Muhammad pernah menasihatkan sahabat supaya belajar bahasa-bahasa lain dengan tujuan menyampaikan dakwah Islam kepada orang-orang lain. Kita hendaklah meluaskan pandangan dan memahami budaya dan ugama yang dianuti oleh kaum lain yang bukan Islam. Seperti saya kata , Islam adalah ugama yang berciri intelektualisma dan ilmiah. Kalau kita mahu berdakwah kepada seorang berugama Kristian , hendaklah faham kenapa dia itu percaya kepada Bible dan kenapa fahaman dia itu apa persamaan dengan Islam dan ada juga perbezaan dengan Islam.

Janganlah kita berkata sesuatu berdasarkan fitnah dan rekaan atau agak-agak terhadap ugama lain. Pada suatu hari ada seorang ustaz melihat saya sedang membaca Bible Kristian. Dia berasa curiga kenapa saya sibuk membaca Bible dan membuat teguran bahawa perbuatan saya adalah membuang masa. Kemudian saya menjawab bahawa saya membaca Bible dalam bahasa Inggeris kerana banyak sebab. Pertama, saya membaca gaya bahasa Inggeris yang standard dan gaya bahasanya yang indah supaya saya merasa itu adalah satu literary enjoyment ( rasa seronok menikmati keindahan pengolahan bahasa ). Kedua, meluaskan pembacaan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris adalah salah satu budaya hidup saya yang kreatif. Ketiga , kita dapat memahami perkara sebenarnya apa yang terkandung dalam Bible dan apakah sebenarnya ummat Kristian percaya , supaya apabila kita memperkatakan tentang ugama Kristian atau Bible , janganlah kita cuba putarbelitkan.

Kata ustaz itu lagi …..Bible patut diharamkan dan dilarang ummat daripada membacanya. Sekali lagi saya berkata bahawa ustaz itu bodoh …simply idiotic. Dia bimbang kalau ada orang Islam yang membaca Bible nanti akan terpengaruh dan memeluk ugama Kristian. Kemudian saya menjawab ustaz itu ….kenapa pula orang Islam mahu percaya kepada Bible dan memeluk Kristian ? Seorang Islam itu dinamakan sebagai Muslim kerana dia percaya dengan penuh yakin bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa …dia mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya dan tidak mungkin dia akan menerima ajaran Kristian , dokrin Triniti yang berunsur syirik. Kalau dia sudah mantap fahaman Tauhid , dia adalah seorang Islam yang tulin dan selamat aqidahnya. Kalau dia seorang Islam yang membaca Bible dan teringin memeluk Kristian , itu adalah tanda dia belum faham apakah Tauhid dan dia itu pada asalnya sebelum memeluk Kristian adalah kufur …dan selepas itu dia terus memeluk ugama kufur pula. Kepercayaan kepada Tauhid yang tulin adalah sebenar-benar benteng dan menentukan seorang itu benar-benar seorang Muslim , jika tidak , dia itu bukan Islam , kalau ia pun dia itu hanya Muslim pada nama.

Kemudian saya bertanya kepada ustaz itu …..” Adakah kamu sendiri faham apakah itu Tauhid ? “. Jawab ustaz itu bahawa Tauhid itu mengEsakan Allah. Saya memberitahunya supaya cuba bertanya kepada orang-orang Melayu adakah mereka faham Tauhid yang sebenarnya ? Ustaz itu merasa gelisah kerana dia sendiri boleh faham bahawa dalam kalangan masyarkat Melayu sendiri masih ada yang jahil tentang ilmu Tauhid. Masih ada yang lemah iman. Masih ada yang dalam pemikiran mereka terselit fahaman berbau syirik dan kekufuran. Jadi , mereka seumpama ini tidak perlu memeluk ugama Kristian kerana mereka sendiri rusak aqidah.

Kalau ada timbul gejala orang-orang Melayu yang ada masuk Kristian , itu bukan salah pendakwah Kristian yang mengajak orang Melayu masuk Kristian , tapi salah orang Melayu sendiri yang tidak faham ajaran Tauhid. Atau orang Melayu yang tidak ambil peduli tentang ugama Islam itu sendiri. Dia berfahaman kufur dan kemudian adalah mudah bagi dia memeluk ugama kufur pula. Orang Islam yang tulin akan mempertahannya aqidah Tauhidnya dengan penuh jiwaraganya.

Perkara kedua ….ada orang Melayu bodoh. Sebutan ini bunyinya kasar ! Pada satu hari saya membawa buku metamatik CALCULUS kerana membaca dan ulangkaji konsep-konsepnya sebagai satu aktiviti intelektual dan cabaran. Saya belajar bukan untuk mengambil apa-apa peperiksaan. Pemikiran metamatik adalah salah budaya hidup saya yang saya tanam semenjak kecil lagi. Memahami teori-teori matematik adalah satu latihan mental supaya kita menggerakkan minda. Ada seorang Melayu yang menegur saya bahawa saya seorang yang pening kepala kerana metamatik. Inilah contoh orang Melayu yang merusakkan bangsanya sendiri. Masalah besar orang Melayu ialah tidak suka mengkaji dan membuang masa. Dia tidak faham ajaran al-Qur’an itu sendiri supaya menghargai satu nikmat aqal sebagai pemberian Allah.

Aqal yang Tuhan berikan kepada kita , yang paling kemuncak sekali ialah mengenal Allah dan mentauhidkanNya. Aqal juga ada satu manifestasi sifat manusia yang berbeza dengan haiwan. Manusia boleh berkarya dan mengkaji. Semakin manusia mengkaji , semakin dia akan tunduk kepada kebesaran Allah. Dan alam ini dijadikan Allah dengan penuh hikmat , melihat tanda-tanda kehebatan ciptaan Tuhan di langit dan di bumi. Secara tidak langsung …..berfikiran metamatik adalah satu aktiviti manusia menggunakan aqal pemberian Tuhan.

Apabila saya sebut ada orang Melayu yang bodoh …bukan bermakna menghina bangsa itu. Tapi sikap tidak suka kepada perkara-perkara intelektual dan membina. Dan sikap suka mengambil jalan yang mudah dan tidak boleh bersabar , kurang daya-usaha dalam apa-apa bidang sekalipun. Sebagai contoh , kalau saya mengajak setengah-tengah orang Melayu belajar ilmu fekah secara menyeluruh , meliputi 4 rubu’ ( ibadah , mu’amalah , munakahah dan jinayah ) , saya melihat ada yang tidak senang hati , seolah-olah sudah cukup dia ambil Islam itu sekadar bab-bab fardhu ain sahaja. Apabila saya sebut ayat-ayat al-Qur’an yang mereka kurang biasa , mereka berkata saya bercakap politik.

Renungkanlah kenapa dalam al-Qur’an ada menyebut bahawa bahasa Arab adalah salah satu sifat al-Qur’an :

"Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Qur'an itu dalam Bahasa Arab supaya kamu berfikir" { Surah Yusuf 12 : 2 }

Maksud “berfikir” ialah “ta’qilun” dalam sebutan bahasa Arab yang membawa erti menggunakan aqal. Sila gunakan aqal dengan sewajarnya …dan ubahlah sikap !!!

No comments:

Post a Comment