Wednesday, May 12, 2010

Nik Aziz Pada Pandangan Saya (5)


Kali ini saya akan menyebut kenapa Nik Aziz pernah dan akan menimbulkan masalah dari segi hukum-hukum fekah. Ini kerana Nik Aziz menganut fahaman fekah yang samar-samar atau dia bukan beramal dengan mazhab asy-Syafie. Mazhab asy-Syafie sudah menjadi anutan di Tanah Melayu sudah beratus-ratus tahun lamanya dan juga menjadi mazhab resmi Malaysia.  Sebab itulah kita curiga terhadap dia dalam soal fekah . Dia tidak pernah memilih dan mengajar mana-mana kitab fekah mazhab asy-Syafie yang mu’tabar seperti al-Iqna’ , Fathul-Wahab , Fathul-Mu’in , Hasyiata Qaluibi dsbnya. Sebab itulah dia bercanggahan dengan masyarakat.
Satu satu fatwa yang Nik Aziz sebut baru-baru ini ialah berkenaan pakaian purdah yang dia berkata bahawa dia bersetuju dengan fatwa Syeikh Muhammad al-Tontowi bekas syeikhul  akbar  Universiti al-Azhar bahawa pakaian pudah patut diharamkan. Nik Aziz berkata begitu kerana dia adalah jahil tentang mazhab asy-Syafie atau dia sendiri tidak mengaji dengan sempurna fekah mazhab asy-Syafie. Kita dapat membaca apa kata Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam kitab tafsirnya , “ Rawai’ul-Bayan , pada  mukasurat 111 , jilid ke-2 , cetakan Darul-Sobuni , yang saya terjemahkan daripada teks Arabnya :
….adapun aurat perempuan nisbah kepada (pandangan) lelaki (ajnabi) maka seluruh badannya adalah dikira aurat atas pendapat yang sohih adalah mazhab “asy-Syafie dan al-Hanabalah” . dan telah menaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal rahimahuAllah atas itu berkata : Dan setiap sesuatu pada wanita adalah aurat termasuk  kukunya  …..
Saya tambah pada maksud di atas …bahawa suara wanita termasuk juga perkara aurat. Nik Aziz pernah mengeluarkan fatwa bahawa suara wanita adalah aurat dan ini adalah benar dan fatwa dia itu termasuk dalam perkawa khilaf mazhab.
Dalam hujjah mazhab asy-Syafie yang menjadi satu qaul dalam mazhab itu sendiri bahawa seluruh badan wanita adalah aurat dan wanita yang memakai purdah memilih mentaati ajaran Islam bahawa seluruh badannya wajib ditutup termasuk mukanya. Di  sini  saya merasa hairan kenapa Nik Aziz yang mengira dirinya adalah arif darihal fekah tapi jahil tentang bab ini ? Saya mempertikai Nik Aziz dari segi ilmu fekah , khususnya kefahamannya tentang pelbagai mazhab yaitu mazhab Empat. Adakah Nik Aziz seorang yang keilmuannya meliputi semua mazhab sekiranya dia memperkata tentang sesuatu hukum fekah ? Tidakkah dia patut turut tahu tentang perbandingan fekah dan dia olah-olah tidak ambil peduli tentang fekah mazhab asy-Syafie ?
Pernah pada satu ketika dahulu Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa tupai adalah halal dimakan. Kita tidak mempersoal adalah tupai itu halal atau haram dimakan. Kita persoalkan  kredibiliti Nik Aziz mengeluarkan fatwa berkaitan fekah. Apakah kaedah usul fekah yang dia pakai ? Adakah dia sandarkan mengikut mazhab asy-Syafie ? Atau mana-mana mazhab yang lain ? Dia memberi  alasan bahawa tupai itu bukan haiwan yang beracun , tidak suka makan makanan yang kotor dan hidup secara bersih. Oleh kerena Nik Aziz tidak bermazhab ….fatwa dia itu dikira mazhab dia sendiri …dalam ertikata , Nik Aziz mengeluarkan fatwa berdasarkan mazhab rekaan dia sendiri. Yang jelas dia tidak berkata itu adalah mengikut fahaman mazhab asy-Syafie , memakai kaedah ulama-ulama asy-Syafie. Inilah masalah Nik Aziz , tidak faham kenapa kita di Malaysia wajib memilih bermazhab dan mazhab resmi orangramai adalah mazhab asy-Syafie.


No comments:

Post a Comment