Tuesday, May 4, 2010

Muhamad Azamuddin Omar Berbohong?

Muhamad Azamuddin Omar menunjukkan kecederaan yang tak seberapa yang kononnya dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis. Logikkah?


SHAH ALAM: Seminggu selepas kejadian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis, rakannya semalam tampil membuat penjelasan dan menceritakan detik cemas yang dilalui sebelum Allahyarham terbunuh.

Muhamad Azamuddin Omar, 15, yang menaiki Proton Iswara dipandu Allahyarham pada hari kejadian awal pagi, 26 April lalu, menjelaskan peristiwa itu bermula selepas kereta Aminulrasyid bergesel dengan sebuah kereta berhampiran restoran di Seksyen 7 di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 11.

Berikutan kejadian itu, katanya, beberapa penunggang motosikal mengejar mereka menyebabkan Aminulrasyid terpaksa memecut kerana ketakutan.

Muhamad Azamuddin berkata, Aminulrasyid juga tidak mahu terbabit dengan sebarang masalah kerana Allahyarham memandu kereta kakaknya tanpa kebenaran dan mahu pulang terus ke rumah.

"Saya tidak menyangka Aminulrasyid boleh memandu kereta sehingga dia menjemput saya untuk keluar minum di sebuah restoran berhampiran rumah kami, kira-kira jam 12 malam itu.

"Kami kemudian ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan yang motosikalnya rosak," katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid di sini. Pelajar itu bagaimanapun hanya menjawab beberapa soalan sebelum beredar dengan diiringi beberapa lelaki dan seorang wanita dikenali, Monaliza Mokhtar, yang mendakwa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah.

Muhamad Azamuddin berkata, kumpulan penunggang itu mengejar mereka sehingga di Bulatan Kayangan, Seksyen 12, apabila sebuah motosikal terlanggar belakang kereta berkenaan sebelum penunggangnya terjatuh.

Katanya, Aminulrasyid bagaimanapun terus memecut kerana takut dan apabila sampai di Kompleks PKNS, kereta dipandu Allahyarham memotong sebuah kereta peronda polis yang kemudian bertindak mengejar mereka.

Muhamad Azamuddin berkata, walaupun diarah berhenti, Aminulrasyid terus memecut dan setiba di simpang berhampiran sebuah stesen minyak di Seksyen 11, dia terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari tayar kereta itu pancit.

Katanya, polis kemudian melepaskan satu lagi tembakan yang mengenai belakang kepala Aminulrasyid selepas Allahyarham masih enggan memberhentikan keretanya.

“Tubuhnya terus rebah di riba saya, manakala kereta terus bergerak kerana kaki Aminulrasyid masih menekan pedal minyak sehingga ia terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah,” katanya.

Muhamad Azamuddin mendakwa, sebaik kereta itu berhenti, dia keluar dari kenderaan untuk menyerah diri tetapi diterajang serta dibelasah oleh lebih lima anggota polis, selain diacu dengan senjata.

“Saya bagaimanapun dapat lari dengan melalui sebuah sekolah berhampiran untuk pulang ke rumah,” katanya yang turut menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya di tangan kanan dan beberapa bahagian tubuh lain.

Muhamad Azamuddin berkata, laporan polis mengenai kejadian itu hanya dibuatnya pada malam hari kejadian.

"Petang itu, saya melihat berita di televisyen melaporkan saya dan Aminulrasyid adalah suspek yang terbabit dengan kes samun. Saya rasa tidak puas hati kerana laporan itu tidak benar. Oleh itu, saya membuat laporan polis untuk menjelaskannya," katanya.

Sumber: Berita Harian


Aku agak ragu-ragu dengan kenyataan Muhamad Azamuddin Omar yang menyatakan dirinya dibelasah oleh Polis. Punca keraguan aku bersebab bukan main hentam keromo...

Di sini aku catatkan keraguan aku terhadap kenyataan Muhamad Azamuddin Omar yang melampaui logik akal...

1) Muhamad Azamuddin Omar menyatakan dia dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis, persoalannya, bagaimana dia boleh melarikan diri?

2) Muhamad Azamuddin Omar juga menunjukkan kononnya kecederaan akibat dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis yang pastinya kecederaan ringan. Jika dia dibelasah oleh Polis dan ditendang oleh Polis, sudah pastinya Muhamad Azamuddin Omar sudah terlantar di hospital dan terpaksa makan melalui tiub. Lebih 5 orang anggota Polis belasah tetapi masih boleh survive dan boleh bercakap? Pelik...

3) Bertambah pelik, Muhamad Azamuddin Omar menyatakan anggota Polis telah mengacukan pistol. Tetapi bagaimana dia boleh melarikan diri? Sedangkan jika kita diacukan pistol pun dah rasa macam nak terkencing... Bodoh sangat ke Polis tu biarkan Muhamad Azamuddin Omar melarikan diri?


Mungkinkah ada dalang di sebalik kenyataan Muhamad Azamuddin Omar itu? Siapa dalangnya??

http://exception2008.blogspot.com/2010/05/muhamad-azamuddin-omar-berbohong.html

No comments:

Post a Comment