Friday, January 15, 2010

Ugama Islam , Yahudi dan Kristianiti (2)

Adalah lebih wajar bagi ummat Islam memahami aqidah kepercayaan ugama Krsitian. Di sini saya ingin menyentuh tentang dokrin Triniti . Secara rengkas maksudnya ialah mereka percaya bahawa Tuhan bagi mereka terdiri daripada 3 oknum. Yaitu Tuhan Bapa , Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Qudus.

Ummat Kristian berkata bahawa mereka percaya kepada keTuhanan yang Satu dalam ertikata :

Tuhan Bapa = Tuhan Anak = Tuhan Ruh Qudus = Tuhan Satu

Ketiga-tiga oknum itu adalah sama serupa dari segi zat dan sifat-sifat keTuhanan . Bukanya bermaksud terdapat 3 Tuhan , tapi Satu Tuhan , Tiga Oknum.

Atau dalam bentuk persembahan lain ……

Tuhan Bapa + Tuhan Anak + Tuhan Ruh Qudus = Satu Tuhan

Oleh kerana ketiga-tiga oknum sama zat dan sifat-sifat , maka orang Kristian itu adalah Tuhan Yang Satu.

Ini terdapat huraiannya dalam salah satu buku teologi Kristian :

…….the biblical teaching on the Trinity tells us that all of God’s attributes are true of all three persons. For each is fully God ….God exist in the persons of the Father , Son , and the Holy Spirit , yet he is One God …… [ Systematic Theology , susunan Wayne Grudem , Zondervan Publishing , mukasurat 226 ]

Mengikut ajaran Islam , dokrin Triniti Kristian itu adalah satu bentuk syirik ( polytheism ) . Islam memandang fahaman Kristian yang mengira 3 oknum itu adalah tetap syirik kerana keTuhanan Triniti adalah bersekutu ( the Godhead in 3 Persons ). Tuhan Bapa adalah satu zat berasingan , Tuhan Anak adalah juga zat berasingan , dan Tuhan Ruh Qudus adalah zat tersendiri. Ketiga-tiga oknum merupakan 3 keTuhanan.

Ayat Al-Qur’an menyatakan :

Telah kufur mereka yang berkata - sesungguhnya Allah adalah yang ketiga dari yang TIGA [ Al-Maidah (5) : 73 ]

Fahaman Triniti dapat dihuraikan dalam kaidah Usuluddin sebagai :

1) Kam munfasil ( bilangan berpisah )

Dan juga

2) Kam muttasil (bilangan dalam diri )

“Kam munfasil” menyatakan bahawa fahaman Triniti itu membagikan Tuhan Yang Satu kepada pecahan 3 bahagian , yakni ….zat Tuhan Bapa , zat Tuhan Anak dan zat Tuhan Ruh Qudus walaupun ketiga-tiga zat itu sama sejenis. Ia tetap masih 3 zat yang bergabung. Ini adalah satu bentuk kepercayaan syirik.

“ Kam muttasil” pula bererti dokrin Triniti menyatakan Tuhan Yang Satu itu terbagi 3 dalam dirinya yang satu …yakni 3 kesatuannya bergabung yang mereka sifatkan keSatuan wujud ..maksudnya ..Tuhan Satu tapi keSatuan itu adalah 3 dalam diri zat keseluruhan. Ini juga adalah fahaman syirik dari kacamata ajaran Islam.

Istilah yang disebut oleh Kristian berkenaan Tuhan Yang satu ialah “Triune” God. Maknanya Tuhan Satu tapi terdiri daripada 3 Person (Watak). …God the Father , God the Son dan God the Holy Spirit.

Apakah God the Father ? Ia bermaksud satu oknum dalam dokrin Triniti . wujudnya Tuhan yang berpangkat Bapa. God the Son pula ialah oknum Tuhan yang berpangkat Anak dan God the Holy Spirit pula ialah oknum Tuhan yang berpangkat Ruh Suci. Sedikit gambaran tentang tugas dan aktiviti 3 oknum ialah ….God the Father adalah ketua . God the Son menerima arahan dan God the Holy Spirit memberi semangat.

Jadi , ketiga-tiga oknum itu mempunyai minda masing-masing , tapi bertugas secara harmoni. Satu gambaran bagaimana ketiga-tiga oknum itu berinteraksi …..ketika manusia pertama (Adam) berbuat dosa dalam syurga , dia mendapat kemurkaan Tuhan dan patut menerima hukuman mati . Tuhan Bapa tidak dapat memaafkan Adam …tapi Tuhan Anak memohon syafaat supaya Adam dimaafkan dan dia sebagai Tuhan Anak sanggup mati sebagai kurban supaya Adam dimaafkan dan Tuhan Ruh Qudus melindungi dan memberi semangat kepada Tuhan Anak dia menjelma menjadi manusia menebus semua dosa-dosa manusia.

Tuhan Anak itu dikenali sebagai Jesus , satu penjelmaan Tuhan yang dating ke muka bumi sebagai gambaran tentang Tuhan Bapa yang tidak dapat dilihat.

Ingin saya member peringatan kepada ummat Islam bahawa sebutan “Anak” Tuhan pada Jesus bukan bererti dia adalah anak hakiki yang dilahirkan Tuhan Bapa. Tuhan Anak adalah satu pangkat kemuliaan.

Tentang sebutan Jesus sebagai "Anak Tuhan" terdapat huraian dalam buku-buku teologi aqidah Kristian sendiri : ......" Son of God ...What does it mean ? Though the phrase 'son of' can mean 'offspring of' , it also carries the meaning 'of the order of' ....Thus for Christ to say " I am the Son of God " ( John 10:36 ) was understood by his contemporaries as identifying Himself as God , equal with the Father ....[ Basic Theology , karangan Charles Ryrie , mukasurat 285 ]

Jelas sekali Jesus TIDAK mengata bahawa Tuhan melahirkan dia , malahan dia menyatakan tarafnya adalah satu oknum bersifat keTuhanan setaraf dengan Tuhan Bapa.

Tuhan Bapa TIDAK melahirkan Jesus. Jesus sebagai "anak Tuhan" adalah persamaan dengan apa yang disebut dalam Al-Qur'an sendiri :

"Dan berkata orang-orang Yahudi dan Nasara - kami adalah anak-anak Allah serta kekasih-kekasihNya" [Al-Maidah (5): 18]

Sila perhatikan baik-baik, Al-Qur'an sendiri ada menyebut bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian menganggap diri-diri mereka adalah "anak-anak" Tuhan sebagai manusia-manusia yang dimuliakan , BUKAN dalam ertikata Tuhan melahirkan mereka sepertimana manusia melahirkan manusia sebagai anak-anak. Justeru itu , Jesus bukan dikira sebagai "anak" hakiki yang dilahirkan Tuhan , bahkan merupakan sebagai satu sebutan "pangkat" dan kedudukan yang istimewa.

Jelaslah dokrin Triniti adalah satu bentuk syirik ( polytheism ).

Al-Qur’an menegaskan :

Katakanlah: Dialah Allah , Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang yang setara denganNya”. { Surah Al-Ikhlas (112) : 1-4 }

Surah tersebut secara umum menyatakan sifat-sifat Allah sebagai Tuhan yang sebenarnya bersifat keTuhanan ...tidak melahirkan atau dilahirkan. Ini menolak fahaman mana-mana ugama yang mengambarkan Tuhan seakan-akan Dia seperti makhluk-makhlukNya. Ini adalah mustahil. Kerana Allah sebenarnya adalah Wajibul-Wujud, Qiamu_hu binafsi_hi , Al-Qadim , Al-Baqi , Mukhalafatu_hu li_hawadith , dan sifat kesempurnaaan wujudNya ialah bersifat Al-Wahid ( Yang Maha Esa ). Pada akhir ayat Al-Ikhlas berbunyi ...” Dan tidak ada seorang yang setara denganNya “ ... Dia bukan anak dan dia juga bukan bapa.

1 comment:

  1. Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
    Merkur 15C apr casino Safety Razor - Merkur - deccasino 15C for Barber Pole is the perfect introduction casino-roll.com to the Merkur Safety febcasino Razor. sol.edu.kg

    ReplyDelete