Thursday, January 14, 2010

Ugama Islam , Yahudi dan Kristianiti (1)

Artikel ini dan seterusnya adalah bersiri bertujuan member kefahaman kepada ummat Islam supaya tahu apakah akidah kepercayaan ajaran-ajaran Kristianiti aliran Triniti.
Berdasarkan ayat Al-Qur’an yang bermaksud :

Orang Yahudi dan Nasara tidak akan redha terhadap kamu selagi kamu tidak mengikut ugama mereka.” [ Al-Baqarah (2) : 120 ]

Orang Yahudi berpegang kepada fahaman yang ummat Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan yang dimuliakan Tuhan. Oleh itu mereka taksub terhadap bangsa dan ugama mereka dan memandang semua bangsa dan ugama lain adalah bertaraf rendah dan palsu. Bagi mereka ugama Yahudi adalah ugama sebenarnya yang mana Tuhan telah melantik dan memberi amanah kepada HANYA bangsa Yahudi di alam dunia ini layak menjaga ugama Tauhid. Ini berdasarkan salah satu ayat dalam kitab suci mereka :

----In the beginning of God’s creating the heavens and the earth -----the first law tha was address to all of Jewry as a nation . He explains that the reason for the Torah’s narrative of Creation is to establish that God is the Sovereign of the universe . He declared to His people the power of His works in order to give them the heritage of the nations …….[ Bereishis 1:1 , the Chumash , The Stone Edition , mukasurat 2 ]

Dalam ertikata lain …orang Yahudi percaya bahawa bangsa-bangsa lain selain Yahudi adalah umpama hamba dan bertaraf rendah sebab itulah bangsa-bangsa lain tidak layak menerima kitab-kitab suci. Pada fahaman mereka , bangsa-bangsa lain hendak akur dan iktiraf bahawa HANYA bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan dan HANYA ugama Yahudi sahaja yang benar. Inilah maksud dalam ayat Al-Qur’an dalam surah Al-Baqarah (2) : 120 ………….” selagi kamu tidak mengikut ugama mereka.

Kita tidak perlu menganut ugama Yahudi , kita hanya perlu membuat pengiktirafan bahawa ugama dan bangsa Yahudi adalah benar.

Tentang ugama Krsitian pula …sudah lebih 2,000 tahun ugama itu wujud di muka bumi dengan pelbagai mazhabnya ….Katolik , Protestan dan Ortodok. Mengikut sejarah perkembangsan kepercayaan Kristianiti secara keseluruhannya , asas kepercayaan ialah Triniti , kuTuhanan Jesus dan Bible Perjanjian Baru. Ugama Kristian 2,000 tahun dulu ada sedikit berbeza dan apa yang ada pada hari ini.

Apa yang terhasil pada zaman moden ini ialah ugama Kristianiti yang diolah supaya boleh diterima mengikut peredaran zaman. Sebab itulah kita melihat pendakwah-pendakwah Kristian aliran Protestan (Evangelists) menggunakan pelbagai cara-cara moden untuk menarik minat ummat Kristian sendiri dan bukan Kristian membaca Bible ---yang mana Bible dicetak secara warna-warni dan pentafsiran semasa. Lebih-lebih lagi terjemahan diadakan mengikut bahasa persekitaran.

Dakwah dan penyebaran fahaman Kristianiti akan berjalan diseluruh dunia , termasuk di Malaysia dan Bible mereka sendiri ada menyebut :

---- preach the gospel to every creature { Mark 16 :15 }

---- be ready always to give an answer to every man that asketh you a reason of the hope that is in you with meekness and fear { 1 Peter 3 : 5}

Ingatlah wahai ummat Islam …dakwah dan dakyat Kristian adalah sangat halus …apa sekalipun , hendaklah berhati-hati sepertimana ayat Al-Qu’an member amaran :

“Orang Yahudi dan Nasara tidak akan redha terhadap kamu selagi kamu tidak mengikut ugama mereka.” [ Al-Baqarah (2) : 120 ]

No comments:

Post a Comment