


Masjid Jubli Perak ‘Masjid Cina’ di Rantau Panjang, Kelantan
Niat dan hajat saya untuk melawat Masjid Jubli Perak (atau mudah dipanggil ‘Masjid Cina’ disebabkan rekabentuk senibinanya) di Rantau Panjang, Kelantan sempena cuti Aidilfitri ini telah dimakbulkan oleh Allah, alhamdulillah.
Cumanya, apabila kereta mula memasuki pintu gerbang masjid ini, rupa-rupanya masjid ini masih belum siap sepenuhnya. Setelah meninjau-ninjau sambil mengambil gambar-gambar yang menarik dan unik, saya dapati boleh dikatakan 80% pembinaan masjid ini sudah disiapkan.
Nikmatilah beberapa pemandangan menarik masjid ini yang bakal menggegarkan dan menggemparkan bumi Malaysia tercinta ini.
Bahagian luar dewan solat utama

Ruang legar masuk ke sebelah kanan dewan solat utama
Ruang luar dewan solat utama
Bahagian atas dewan solat utama
No comments:
Post a Comment