Monday, March 8, 2010

Masjid Cina di Kelantan




Masjid Jubli Perak ‘Masjid Cina’ di Rantau Panjang, Kelantan

Niat dan hajat saya untuk melawat Masjid Jubli Perak (atau mudah dipanggil ‘Masjid Cina’ disebabkan rekabentuk senibinanya) di Rantau Panjang, Kelantan sempena cuti Aidilfitri ini telah dimakbulkan oleh Allah, alhamdulillah.
Cumanya, apabila kereta mula memasuki pintu gerbang masjid ini, rupa-rupanya masjid ini masih belum siap sepenuhnya. Setelah meninjau-ninjau sambil mengambil gambar-gambar yang menarik dan unik, saya dapati boleh dikatakan 80% pembinaan masjid ini sudah disiapkan.
Nikmatilah beberapa pemandangan menarik masjid ini yang bakal menggegarkan dan menggemparkan bumi Malaysia tercinta ini.
Pemandangan dari bahagian hadapan

Di menara masjid ini terdapat 25 petak berwarna perang keemasan yang ditulis dengan 25 nama para Rasul dari bawah (Nabi Adam AS) ke atas (Nabi Muhammad SAW)
Mungkin ini salah satu tempat mengambil wudhuk
Pemandangan dari pintu masuk masjid
Bahagian luar dewan solat utama
Ruang legar masuk ke sebelah kanan dewan solat utama
Ruang luar dewan solat utama
Bahagian atas dewan solat utama


No comments:

Post a Comment