Saturday, March 27, 2010

Irama 60an: Sandra Reemer (Kopi Susu & Nona Zaman Sekarang)

kopisusuepcover.jpg

Tahukah anda siapa penyanyi lagu Kopi Susu dan Nona Zaman Sekarang yang popular dalam dekad awal 1960an? Penyanyi tersebut adalah Sandra Reemer, seorang Belanda kelahiran Bandung, Indonesia. Nama sebenar beliau ialah Barbara Alexandra Reemer. Semasa beliau menyanyikan lagu-lagu tersebut, beliau masih lagi kanak-kanak atau awal usia remaja lagi. Lagu Kopi Susu, Nona Zaman Sekarang serta Al Di La pernah top di Indonesia, Singapura dan Malaysia pada ketika itu.

Sandra bagaimana pun telah kembali ke Belanda mengikut orangtuanya. Beliau telah meneruskan kariernya sebagai artis di Belanda dan terus cemerlang hingga dianugerahkan pingat Order of Knighthood in the Order of Oranje Nassau pada 28 April 2006 oleh kerajaan Belanda kerana prestasinya sebagai seorang artis, duta bagi Yayasan Liliane dan kerja-kerja khidmat masyarakat yang telah dilakukannya.

Video ini bukanlah klip video muzik asli tetapi adalah kiriman seorang peminat Sandra Reemer dengan berlatarbelakangkan foto-foto nostalgia Sandra Reemer.

Berikut adalah senarai mp3 Sandra Reemer versi rakaman asal yang saya miliki. Sila klik untuk dengar atau download.

  1. Kopi Susu
  2. Nona Zaman Sekarang
  3. Al Di La
  4. Singapura

Nota: Sumber didapatkan dari YouTube dan Laman Web Rasmi Sandra Reemer.

Lagu-lagu mp3 yang didownload hendaklah untuk tujuan penilaian sendiri sahaja, bukan untuk kegunaan awam/umum dan bukan untuk dikomersilkan. Sila beli album original artis berkenaan bagi menyokong beliau dan industri hiburan tanahair. Beli yang asli dan hapuskan cetak rompak!

KEMASKINI / UPDATE – 31/05/2008 6.45pm Malaysia

Atas permintaan, maka saya pun mengemaskinikan artikel ini dengan memuatkan lirik lagu yang diminta.

KOPI SUSU

kopi susu gula pasir, kopi susu gula di panci }x2
jikalau nona cintalah sungguh sayang }x2
aduh jiwa sayang }2x
jiwa manis terbayang-bayang

kopi susu gula pasir, kopi susu gula di panci }x2
suruh menyuruh tentu saya mahu sayang }x2
aduh jiwa sayang }x2
jiwa manis terbayang-bayang

ulang semula / repeat all

NONA JAMAN SEKARANG

nona-nona jaman sekarang
tak boleh ditegur, tak boleh dilarang
bajunya pendek, bertambahlah jarang
itu menjadi hati gembira

nona jangan bikin keliru
tidaklah kenal cina melayu
pipinya merah pula disapu
sekarang sudah jadi tak tentu

nona-nona jaman sekarang
tak boleh ditegur, tak boleh dilarang
bajunya pendek, bertambahlah jarang
itu menjadi hati gembira

dalam dunia banyak musuhan
yang non dibuat perkara yang sopan
dalam dunia banyak penggoda
banyak yang jadi rusak binasa

No comments:

Post a Comment