Saturday, February 27, 2010

Qazaf Vs Sumpah laknat

Post Last Edit by kekbelacan at 28-1-2010 10:09

SAIFUL BUKHARI : UMNO NAK BUAT AGAMA BARU KE?

Dalam Facebook saya berdebat dengan ramai puak-puak UMNO ni dalam berbagai topik. Bila timbul topic tuduhan liwat Anwar dan Saiful Bukhari, mati-mati mereka mempertahankan bahawa Anwar bersalah kerana Anwar tidak bersumpah.

Saya tanya pada mereka, ini ugama baru ke yang UMNO hendak bawa? Sejak bila dalam Hudud, sumpah laknat boleh dipakai sebagai bukti? Siapa yang ajar?

Malahan,kalau Saiful Bukhari bersumpah di Masjidil Haram atau Masjidil Nabawi sepertimana yang beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau tidak sempat keluar pintu masjid sebelum beliau ditangkap oleh Polis Agama Saudi (Al Mutawwa).

Ini kerana mamat Saiful telah melakukan QAZAF dan JUGA MENGAKU MELAKUKAN ZINA/LIWAT. Kalau beliau bernasib baik, beliau hanya akan dikenakan hukuman sebat 80 kali untuk Qazaf. Tapi, kalau nasib tak baik, beliau akan dikenakan hukuman rejam sampai mati untuk pengakuan beliau melakukan seks sesama jenis. Kalau di Afghanistan beliau akan ditolak dari helikopter dari 20 ribu kaki.

Dalam hukum hudud, kalau kita pergi bersumpah laknat sekalipun menuduh seseorang berzina, hakim akan meminta kita memberikan 4 orang saksi. Kalau kita gagal bawa, hakim akan mengarahkan hukuman 80 sebat untuk qazaf dikenakan ke atas kita. Sumpah laknat kita tidak bermakna dalam hukum hudud walaupun sedikit.

Hakikatnya pengikut-pengikut UMNO mengikut agama yang diajar oleh pimpinan-pimpinan mereka. Mereka tidak mengikut Islam dan tidak mengikut kehendak syariat Islam.

AGAMA BARU BERNAMA AGAMA UMNO?

kredit to Anon ( http://www.papagomo.com/2010/01/ ... n-anwar-brahim.html)
-----------------------------------------------------------------

Soalan: Peliwat perlu di adili secara qazaf atau cukup setakat sumpah laknat ?

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=464142

No comments:

Post a Comment