Pengarang kitab فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن Dr Ahmad Salim menyebut dalam kitabnya seperti berikut:
Hukum orang kafir membaca al-Quran
Terdapat dua pendapat dalam perkara ini:
Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah dari orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali.
Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.
Ini adalah mazhab Syafie. Pengarang kitab حاشية البجيرمي mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam. (habis kalam Dr Ahmad)
Apabila dilihat dalam kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie saya menemui seperti berikut:
Imam Ramli dalam kitabnya نهاية المحتاج berkata:
“Orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.”
Pengarang kitab مغني المحتاج Imam Muhammad as-Syarbini telah berkata:
“ Perkara kedua yang dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi.”
Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب :
“Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di mesjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid.”
Kalau kita lihat, sebab kepada tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah sebab yang sama iaitu mereka tidak percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir adalah berdasarkan hadis yang mana Nabi saw telah menahan orang-orang musyrikin di masjid. Hukum orang kafir telah saya sebut dalam artikel yang lepas. Boleh cari dalam arkib.
Rujukan: فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن oleh Dr Ahmad Salim, نهاية المحتاج oleh Imam Ramli, مغني المحتاج oleh Imam Muhammad as-Syarbini dan حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب oleh al-Bujairimi. Sekali lagi sy mengucapkan terima kasih kepada mereka yg menyumbang untuk beli kitab2 rujukan. Dipersilakan siapa yg ingin meyumbang lagi. Banyak lagi kitab diperlukan.
Dipetik daripada Blog :