Dokrin Triniti yang menjadi kepercayaan ummat Kristian Trinitarian adalah satu bentuk kekufuran dan syirik ( polytheism ). Walau bagaimana sekalipun mereka menegaskan bahawa percaya kepada Tuhan yang Satu , akan tetapi kepercayaan mereka kepada berbilang zat dalam 3 oknum , Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Qudus adalah tetap dikira sebagai syirik pada pandangan Islam. Oleh itu ummat Kristian Trinitarian tidaklah tergolong dalam ugama-ugama yang menyembah Tuhan Satu seperti Islam dan Judaism (Yahudi).
Kali saya akan menyentuh tentang perkara salah satu oknum dalam Triniti , yaitu Tuhan Anak yang dikenali sebagai “Jesus.”
Jesus adalah manusia penjelmaan (incarnation) Tuhan Anak. Ketika Adam akan dihukum kerana melakukan dosa yang pertama , Adam patut menerima hukuman mati kerana memakan buah larangan. Tersebut dalam Bible :
“….You are free to eat from any tree in the garden ; but you must not eat from the tree of knowledge of good and evil , for when you eat of it you will surely die …” [Genesis 2:13 , NIV]
Oleh kerana Adam dan isterinya Eve (Hawa) telah memakan buah yang terlarang , maka hukuman bunuh patut dijalankan ke atas mereka …tapi atas belas-kesihan Tuhan Anak (Jesus) , dia sanggup menjadi kurban menebus dosa mereka. Bentuk kurban itu hendaklah berupa manusia yang sempurna , dia sendiri tidak ada sebarang dosa yang dia mati sebagai ganti , Tuhan Bapa boleh mengampunkan dosa Adam dan Eve dan termasuk dosa-dosa keturunan kedua-keduanya.
Secara rengkas …itulah kepercayaan ummat Kristian Trinitarian. Seorang manusia hanya perlu percaya bahawa Jesus telah mati disalib menebus dosa manusia , sudah cukup seorang menjadi Kristian dengan semata-mata percaya ..dia telah selamat kononnya. Oleh itu maksudnya , salah satu ajaran Kristian ialah menerima kepercayaan ini – Jesus mati sebagai manusia yang mengurbankan dirinya untuk menyelamatkan ummat manusia.
Jesus yang wujud sebagai penjelmaan Tuhan ada dua sifat kesempurnaan. Pertama dia adalah contoh manusia yang sempurna , benar-benar dia adalah manusia ( true man ) disamping dia juga adalah benar-benar Tuhan yang memiliki segala sifat-sifat keTuhanan yang sempurna ( true God ).
Maknanya ..Jesus bukan separa manusia dan separa Tuhan. Dia adalah manusia sepenuhnya dan juga Tuhan sepenuhnya. Ini kepercayaan Kristian. Persoalan kalau dia adalah manusia sepenuhnya , bagaimana dia boleh mati …dan adakah sifatnya yang mati itu …manusia yang mati atau Tuhan yang mati ? Dokrin seumpama ini hanya kepercayaan.
Pada pandangan Islam , kepercayaan seorang manusia adalah juga adalah satu kekufuran ( blasphemy ). Ini dinyatakan dalam Al-Qur’an :
Mereka telah kufur yang mengata : “Allah ialah (Jesus) Al-Masih anak Maryam ” [Al-Maidah (5) : 72 ]
Ayat tersebut menolak segala kepercayaan “penjelmaan” (incarnation). Dokrin mana-mana ugama di dunia ini yang percaya bahawa Tuhan menjelma menjadi manusia adalah satu kukufuran.
Ini berdasarkan juga ayat Al-Qur’an :
Tiada satupun yang serupaNya (Allah) [ Ash-Shura (42) : 11 ]
Maknanya ….Allah tidak serupa dengan mana-mana makhlukNya. Segala yang wujud dalam ala mini adalah ciptaan Allah. Sedang manusia sendiri adalah makhluk dan zat Tuhan (Allah) tidak wujud dalam bentuk penjelmaan (incarnation) yang merupai makhlukNya sendiri. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah.
Saturday, January 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment