Thursday, January 14, 2010

My Musings .....


BismiLLAHirRahmaanirRaheem .........

Dear Readers,

I thank Allah for His blessing being alive which afterall I will one day return to Him. I have created this blog to write about many things ...of many topics ..on Islam , comparative religions , Arabic grammar , politics , current world events , Science and Mathematics.

Why not delve into everything I write ? Explore and perhaps do your own research and make comparison ....if there is anything you disagree with me , kindly have an intellectual discussion ...avoid being abusive ... If there is anything you wish to ask or make a comment, then feel free to write.

My e-mail address {{abchan09@streamyx.com}} OR {{astahi04@yahoo.com}}

You are always welcomed.

This blog is being updated and refined from time to time .....new materials will be added and undergo adjustments.

==========

PERJUANGANKU

1) Mempertahan fahaman Ahlus Sunnah wal Jemaah (ASWJ).

2) Menegakkan pendirian terhadap pegangan mazhab asy-Syafie atau asy-Syafieyah.

3) Mempromosi pengajian nahu Bahasa Arab tradisional (klasik).

4) Memupuk minat terhadap kesusasteraan Arab klasik dan moden.

5) Menjaga budaya pengajian kitab-kitab ulama tradisional.

===============

SIAPA YANG BERMINAT ?

Saya ada menyusun DVD yang memuatkan banyak kitab-kitab tafsir , fekah mazhab Syafie , nahu bahasa Arab , kamus dan lughah bahasa Arab . Semuanya dalam bahasa Arab asal dalam bentuk format PDF yang terang dan cantik. DVD ini adalah percuma jika sesiapa yang menulis emel kepada saya membuat permintaan disertakan dengan alamat pos. Kalau dikira , harga semua kitab-kitab itu hampir RM20,000. Tapi dalam DVD itu terhimpun kitab-kitab yang boleh dibaca dalam komputer PC dan laptop. Sesuai untuk pelajar universiti , pelajar pondok dan yang sedang menyiapkan tesis atau menulis artikel yang berkaitan Islam. DVD ini adalah satu amalan sedekah jariah dan usaha saya menyampaikan ilmu dan bahan bacaan. Selepas anda mendapat DVD itu , sila buat salinan supaya boleh disebarkan kepada orang lain pula. Antara kitab-kitab yang termuat dalam set 2 DVD itu ialah :

Tafsir ar-Razi
Tafsir al-Qurtubi
Tafsir Ibnu Kathir
Tafsir al-Alusi

Al-Umm Imam asy-Syafie
Al-Majmu Imam ab-Nawawi
Syarah Fathul Aziz Imam ar-Rafie
Mughni al-Muhtaj Imam as-Sarbini

Syarah Ibnu Aqil
Syarah al-Mufassal
Syarah al-Kafi
Syarah ar-Radhi

Lisanul Arab
Tajul Arus Syarah al-Qamus


dan banyak lagi ........


Set 2 DVD ini hanya meliputi bahagian Tafsir , Fekah , Nahu , Qamus dan Lughah. InsyaALLAH akan menyusul DVD kitab-kitab Hadith , Balaghah , Tasauf , Ensaiklopedia dan Sastera Arab. Semuanya dalam format PDF dan juga MSWord.

Ingat ....DVD ini adalah PERCUMA sekiranya saya masih boleh membiayainya.

Jika anda ingin bersedekah jariah mengembangkan ilmu , bolehlah menderma sekadar RM10 kepada saya untuk saya sebarkan DVD kitab-kitab kepada pelajar , pengkaji , tok guru , dan anak-anak pondok secara percuma. Yang penting ilmu tersebar luas ....cintakan Islam cintakan Bangsa ...hapuskan kejahilan. Saya tidak akan menjadi kaya kerena usaha saya ini , tapi tuan-tuan membantu saya menjalankan tugas dakwah dan hasilnya kita akan kecap bersama di akhirat kelak. Ini adalah saham akhirat !!

Silalah hantar emel kepada saya untuk keterangan lanjut :

astahi04@yahoo.com

=============


Islam itu indah .......

Keindahannya meliputi perbagai segi. Antaranya ialah keindahan kerana Al-Qur'an itu diturun dalam Bahasa Arab yang menjadi satu sifat yang menghiasinya dan membuka minda manusia. Perhatikan ayat berikut :

"
Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Qur'an itu dalam Bahasa Arab supaya kamu berfikir" [ Surah Yusuf 12 : 2 ]

Bagi anda yang ingin mendalami al-Qur'an , bukan setakat membaca terjemahannya , malahan anda wajib mempelajari bahasa Arab serta nahunya dan segala aspek yang berkaitan dengan bahasa Arab. Kemudian mengkaji tafsir-tafsir yang mu'tabar seperti ar-Razi , al-QurTubi , al-Alusi , as-Sameen dan al-Kasysyaf dan lain-lain.

Saya mulakan dengan menjelaskan beberapa tafsir pilihan .

Pertama ......

Tafsir ar-Razi atau dikenali sebagai Tafsir Mafatihul Ghaib

Pengarang tafsir ini yang bernama Fakhruddin ar-Razi hanya sempat menghabis bahagian besar pentafsiran ayat-ayat Al-Qur'an dan kerja menamatkan tafsir ini telah diselesai oleh ulama-ulama pendokongnya. Tafsir ini adalah indah kerana uslub bahasa Arab yang digunakan berbentuk straightforward tanpa banyak-banyak liku , dan perkara-perkara aqidah dikupas secara teliti mengikut fahaman Ahlus Sunnah wal Jemaah. Terdapat juga unsur-unsur falsafah yang ar-Razi gunakan untuk perjalanan pembahasannya. Anda akan merasa kagum dengan mutiara-mutiara ilmu dan huraian yang begitu halus sungguhpun ia telah ditulis sejak 800 tahun dahulu. Ia tetap segar dan membangkitkan semangat untuk membaca dari satu fasal dan furu' ke yang lain tanpa merasa penat dan jemu. Lebih-lebih lagi kita dapat menikmati keindahan bahasa Arab klasik yang hingga zaman moden ini adalah tetap boleh dibaca dengan penuh minat.

Kedua ......

Tafsir Al-Qur'tubi atau dikenali sebagai Tafsir Jami' lil -Ahkam al-Qur'an




Tafsir ini dikarang oleh seorang ahli tafsir yang tinggal di Cordova Sepanyol yang dia dikenali sebagai al-Qurtubi. Tafsir ini banyak berkaitan dengan kupasan hukum hakam fekah terutama sekali mengikut mazhab al-Maliki. Terdapat juga pandangan mengikut mazhab-mazhab lain seperti asy-Syafie , al-Hanafi dan al-Hanbali. Tafsir ini menghuraikan perkara aqidah ASWJ. Terdapat lebih kurang 3000 syair Arab yang menjadi syahid ( penyaksian ) kepada keadah nahu dan lughah, Tafsir ini menghurai fasal pelbagai qira'at yang muktabar.

Ketiga ......

Tafsir as-Samin al-Halbi :


Antara keistemewaan tafsir ini ialah kupasan perkara nahu bahasa Arab. Jika anda sudah menguasai nahu bahasa Arab dengan baik atau anda berminat tentang bagaimana seorang ahli tafsir memperkatakan tentang ayat-ayat Al-Qu'ran dari aspek huraian nahu , maka anda akan dapat membuka minda anda melihat dari sudut nahu dan lughah. Kebetulan penyusun tafsir ini adalah seorang ahli lughah yang juga menghasil kitab kamus Umdatul Huffadz


1 comment: