Sunday, February 28, 2010

Perkasa hantar surat ke vatican

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bagi mendapat kepastian penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama Kristian, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali telah menulis surat kepada Pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI.

Surat setebal empat muka surat yang dihantar pada 15 Januari lalu turut menerangkan situasi terkini di Malaysia berhubung isu kalimah Allah selain meminta penjelasan pemimpin Vatican itu mengenai kewajaran tuntutan penggunaan kalimah tersebut di kalangan masyarakat Kristian.

Katanya, tindakan itu dibuat agar masyarakat Kristian di negara ini tidak memandai-mandai dalam membangkitkan sesuatu isu yang boleh menimbulkan ketegangan.

''Sebagai pemimpin tertinggi Kristian, saya mahu tahu pendapat beliau berhubung perkara ini.

''Bagaimanapun terpulang kepadanya sama ada mahu membalas surat itu atau tidak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yakin surat itu telah sampai kerana ia tidak dikembalikan semula kepadanya.

''Saya juga menggunakan khidmat penghantaran antarabangsa dan mempunyai alamat penghantar di belakang sampul surat itu," katanya.

Menurutnya, antara yang dipersoalkan dalam surat itu ialah nama tuhan Kristian, adakah tertulis dalam kitab-kitab Kristian bahawa Allah adalah tuhan Kristian dan sejak bila Pope Benedict membenarkan gereja menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan perkataan tuhan.

Ibrahim dalam surat itu turut menyatakan, kesudian Pope Benedict memberi maklum balas berhubung perkara tersebut akan dapat menyelesaikan isu kalimah Allah di negara ini

MESTI BACA - Surat Dari PERKASA Buat POPE Ketua Kristian Dan Gereja Dunia

Monday, February 1, 2010


Klik Gambar


Klik Gambar


Klik Gambar


Klik Gambar

Ini merupakan surat yang di utuskan Dari Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali kepada Pope Paul Benedict XVI Ketua Agama Krstian dan Gereja Seluruh Dunia.

Diharapkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang masih keliru ataupun ragu ragu tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh Majalah Herald milik Gereja ini bolehlah membaca kandungan surat ini dan Fahamai serta perhalusi tiap soalan yang di ajukan oleh Dato Ibrahim Ali Presiden PERKASA Malaysia.

2 comments:

  1. Mengikut pengalaman saya terlibat dalam debat Islam-Kristian , perkara Ibrahim Ali meminta pihak Kristian berhenti mengguna nama “Allah” boleh membawa padah yang amat buruk kepada ugama Islam.

    Dalam ayat Al-Maidah (5) : 73 menyatakan bahawa golongan Kristian adalah kufur kerana percaya bahawa Allah adalah salah satu oknum dalam akidah TRINITI. Perhatikan ayat ini menyebut bahawa golongan Kristian menyebut nama Tuhan sebagai "Allah". Jika orang Islam menafikan atau melarang orang Kristian menyebut nama Allah , secara tidak langsung orang boleh berkata bahawa ayat Al-Maidah (5) : 73 adalah satu rekaan dan satu pembohongan terhadap ugama Kristian !!! Memang benar orang Kristian percaya Allah adalah salah satu oknum dalam TIGA. Sekiranya mereka tidak menyebut nama "Allah" maka dengan secara logiknya ayat Al-Qur'an adalah bohong !!!!

    Sekira ummat Kristian semuanya berpakat dan mengisytiharkan bahawa dalam Kristian tidak boleh sebut nama Allah sebagai Tuhan , maka mereka boleh menuduh Al-Qur’an itu adalah ciptaan Nabi Muhammad. Sekarang ini sudah ada usaha kearah ini oleh pihak orang Arab Kristian sendiri. Sila baca di laman web :

    http://www.arabbible.com/t-Allah.aspx

    Mereka berhujjah bahawa asal usul nama Allah tidak pernah wujud dalam mana-mana ugama samawi serperti Kristiniti dan Judaism. Sebab itu ummat Kristian dan Yahudi tidak boleh menyebut nama Allah kerana itu hanya wujud dalam ugama Islam sahaja dan kata mereka bahawa itu sebagai bukti Islam adalah ugama palsu dan rekaan orang Arab. Kata mereka lagi Nabi Isa dan Nabi Musa tidak pernah menyebut nama Allah berdasar wujud tulisan “tetragrammaton “ YHVH.

    ReplyDelete
  2. Perkara tetragrammaton YHVH adalah hujjah bagi pihak Kristian dan Yahudi mendakwa bahawa nama Allah ialah nama yang hanya khas bagi ummat Islam sahaja. Maksud mereka bahawa tetrarammaton itu YHVH ialah nama rahsia Tuhan yang sebenarnya. Tuhan semesta alam tidak pernah memberi tahu nama khasnya kepada kepada mana-mana bangsa manusia selain bangsa Yahudi. Nama Tuhan tersembunyi dalam 4 huruf YHVH. Tiada seorangpun tahu nama Tuhan sebenarnya kerana bentuk YHVH adalah satu misteri. Ini adalah untuk melindungi kesucian nama Tuhan. Oleh itu sebutan nama Allah adalah haram disebut sebagai nama khas (proper name). Sebutan hanya boleh dimaksud sebagai nama am (generic name).

    Sebab itu dalam Bible Kristian dan Yahudi tidak pernah wujud sebutan nama Allah. Orang Kristian Arab ada menyebut nama Allah sebagai nama umum yang bermaksud Tuhan bukannya nama am. Bible sudahpun berusia lebih kurang 6,000 tahun dan tidak ada mana-mana nabi dalam pernah menyebut nama yang dikenali sebagai sebutan Allah.

    Dalam Bible ketika Nabi Musa ditanya apakah nama Tuhan , dia menjawab : “I am who I am” [ Exodus 3 : 14 ] = Aku adalah Aku

    Inilah yang menjadi hujjah kenapa Kristian dan Yahudi menolak sebutan Allah sebagai nama khas. Kalau mereka menyebut Allah , itu sekadar sebutan yang bermaksud Tuhan atau God.
    Sebab itu Al-Qur’an ada membuat satu teguran terhadap Yahudi yang mempergunakan nama Allah sebagai sindiran :

    Dan berkata orang-orang Yahudi - sesungguhnya Allah adalah miskin dan kami adalah orang-orang kaya [ Ali Imran (3) : 181 ]
    Perhatikan orang Yahudi menyebut nama Allah sebagai nama khas meniru orang Islam untuk mempersenda. Dalam ayat Ali Imran (3) :181 pula menyatakan bahawa orang Yahudi menyebut nama Allah secara mempersenda ummat Islam. Padahal perbuatan Yahudi sebenarnya merupakan satu kekufuran secara mereka tidak sedari kerana menyebut nama "Allah" dengan tujuan senda-gurau. Sekiranya nama "Allah" tidak wujud dalam ugama Yahudi itu sendiri , kenapa pula Al-Qur'an membuat teguran ini ? Ini kerana nama "Allah" bukan khusus bagi ummat Islam sahaja. Sebenarnya nama Allah itu adalah satu kalimat suci yang patut dihormati oleh Yahudi sendiri. Begitu juga ugama-ugama lain.

    Ayat Ali Imran 3:181 adalah hujjah bagi ummat Islam mengiktiraf bahawa nama Allah boleh diguna oleh ummat bukan Islam.

    Sekiranya Ibrahim Ali beriya-iya melarang ummat Kristian menyebut nama Allah , maka dia secara tidak langsung mencabar ayat-ayat :

    1. Telah kufur mereka yang berkata - sesungguhnya Allah adalah yang ketiga dari yang TIGA [ Al-Maidah (5) : 73 ]

    2. Dan berkata orang-orang Yahudi - sesungguhnya Allah adalah miskin dan kami adalah orang-orang kaya [ Ali Imran (3) : 181 ]

    ReplyDelete